Sunday, December 30, 2012

Perbezaan Format JPEG Dan RAW, Mana Yang Lebih Bagus?






RAW adalah hasil imej didalam kamera yang merakam subjek atau objek dalam kualiti asal yang ebih besar. Imej yang terhasil dianggap seperti bahan mentah yang belum diolah sepertimana daging yang baru dibeli dipasar. Untuk memasak daging tersebut, pelbagai ramuan dimasukkan seperti rempah, garam, cuka, gula atau apa sahaja perasa. 

Begitu juga RAW. format yang digunakan untuk merakam imej dengan kualiti hampir 100% sepertimana yang kita lihat oleh mata kasar kita. Imej yang terhasil masih boleh dibetulkan menggunakan perisian yang disediakan oleh pengeluar kamera sebelum dijadikan ke format jpeg. 



Saiz yang terhasil dalam format RAW lebih besar berbanding jpeg. Ini bermakna, imej tersebut masih boleh dilakukan editing tahap maksimum tanpa merosakkan kualiti asal imej tersebut. 

Ramai jurufoto yang merakam imej menggunakan format RAW betujuan membetulkan kembali kesilapan WB, Brightness dan seumpamanya selepas imej tersebut dirakam. 

Contoh perisian yang boleh memproses format RAW ialah Nikon Capture NX2, Adobe Camera Raw (ACR - sebahagian dari Adobe Creative Suite). Adobe Lightroom, Apple Aperture dan Canon Digital Photo Professional (DPP). Lain-lain perisian ialah Google Picasa, Windows Explorer, Mac Finder, Photomatix dan pelbagai lagi. 

Manakala jpeg pula adalah format foto yang tersedia untuk dicetak. Setting yang telah ditetapkan tidak boleh diubah setelah imej tersebut dirakam.


Berikut merupakan contoh-contoh perbezaan RAW dan JPEG.












1 comments:

tarmizi said... at July 11, 2013 at 11:24 AM

raw memang cantik tapi saiz 3 kali ganda berat jpeg pc jadi slow

Post a Comment