Showing posts with label camera. Show all posts
Showing posts with label camera. Show all posts

Sunday, December 30, 2012



10 Fungsi / Kegunaan Tripod 





Dibawah ini ada 10 fungsi tripod untuk jurugambar sebelum membeli tripod:

1. Tripod berfungsi untuk meningkatkan ketajaman, dengan tripod mudah untuk kegunaan ISO rendah.

2. Lukisan cahaya (light painting)?, Ini juga menggunakan tripod, kerana dengan speed rendah, gegaran sekecil apapun akan tertangkap kamera. Untuk itulah tripod digunakan.

3. Buat landscaper, tripod sangat diperlukan untuk kompoisis angel atau aturan rule of third, juga berfungsi untuk menahan gegaran atau mengambil gambar tempat-tempat yang tidak dapat dicapai oleh sang jurugambar.

4. Tripod juga membebaskan dari beban kamera apatah lagi jika kamera menggunakan lensa tele yang berat atau agak membebankan.

5. Tripod penting untuk gambar panorama atau gambar HDR, menetapkan kamera pada paksinya.

6. Untuk gambar kumpulan - gunakan tripod dan tetapkan timer pada kamera. Teknik ini juga boleh digunakan untuk mengambil gambar diri sendiri jika tidak ada jurugambar lain.

7. Gunakan tripod untuk mengambil gambar bulan, bintang atau jejak bintang (star trail).

8. Untuk foto makro - wajib memiliki tripod, agar dapat mengurangkan gegaran.

9. Tripod boleh jadi pembantu setia di mana-mana berada. Tripod boleh jadi pemegang flash atau reflektor dan tripod boleh jadi stand untuk frame pada majlis perkahwinan.

10. Tripod digunakan untuk menetapkan komposisi agar hasil yang terhasil lebih baik.

read more "10 Fungsi / Kegunaan Tripod "





RAW adalah hasil imej didalam kamera yang merakam subjek atau objek dalam kualiti asal yang ebih besar. Imej yang terhasil dianggap seperti bahan mentah yang belum diolah sepertimana daging yang baru dibeli dipasar. Untuk memasak daging tersebut, pelbagai ramuan dimasukkan seperti rempah, garam, cuka, gula atau apa sahaja perasa. 

Begitu juga RAW. format yang digunakan untuk merakam imej dengan kualiti hampir 100% sepertimana yang kita lihat oleh mata kasar kita. Imej yang terhasil masih boleh dibetulkan menggunakan perisian yang disediakan oleh pengeluar kamera sebelum dijadikan ke format jpeg. 



Saiz yang terhasil dalam format RAW lebih besar berbanding jpeg. Ini bermakna, imej tersebut masih boleh dilakukan editing tahap maksimum tanpa merosakkan kualiti asal imej tersebut. 

Ramai jurufoto yang merakam imej menggunakan format RAW betujuan membetulkan kembali kesilapan WB, Brightness dan seumpamanya selepas imej tersebut dirakam. 

Contoh perisian yang boleh memproses format RAW ialah Nikon Capture NX2, Adobe Camera Raw (ACR - sebahagian dari Adobe Creative Suite). Adobe Lightroom, Apple Aperture dan Canon Digital Photo Professional (DPP). Lain-lain perisian ialah Google Picasa, Windows Explorer, Mac Finder, Photomatix dan pelbagai lagi. 

Manakala jpeg pula adalah format foto yang tersedia untuk dicetak. Setting yang telah ditetapkan tidak boleh diubah setelah imej tersebut dirakam.


Berikut merupakan contoh-contoh perbezaan RAW dan JPEG.












read more "Perbezaan Format JPEG Dan RAW, Mana Yang Lebih Bagus?"

Lens Apa Yang Sesuai Untuk Wedding (Majlis Perkahwinan)?



Kalau sesiapa yang menceburi bidang fotografi ini banyak yang perlu dipelajari. Antaranya penggunaan kamera secara maksimum. Bukan setakat beli tetapi tidak explore setiap fungsi yang ada pada body kamera tersebut. 


Benda itu yang fyna alami ketika mula-mula memiliki kamera dslr. Sebab fyna tengok sama sahaja dengan kamera kompak yang lain. Tetapi tanggapan fyna jauh sekali. Setiap fungsi yang ada amat berbeza hasilnya. Antara rajin dengan tidak sahaja.





Untuk penggunaan lens pula, setiap lens mempunyai fungsi yang berbeza. Bezanya antara kita mahir atau tidak untuk menggunakan lens-lens tersebut.

Disebabkan fyna sudah lama meninggalkan bidang fotografi, sekarang fyna ingin mulakan kembali. Dan fyna kena buat banyak ulangkaji semula. Mungkin persoalan-persoalan dan masalah serta penyelesaian setiap masalah tersbut, fyna akan kongsikan di blog ini.


Untuk kali ini, persoalan yang selalu fyna hadapi sebelum ini ialah berkaitan dengan penggunaan lens untuk majlis perkahwinan dan seangkatan dengannya (pertunangan, merisik dan seangkatnya).






Lens Yang Sesuai Untuk Ambil Gambar Wedding



Berikut merupakan komen dan pendapat yang fyna cuba titik beratkan.

1. utk permulaan, guna kit lens 18-55 3.5-5.6 atau 18-70 3.5-4.5, dah advance boleh guna 17-50 2.8 atau 17-55 2.8 dan sebagainya
2. ada duit tambah 70-300 4-5.6, dah advance boleh guna 80-200 2.8 atau 70-200 2.8 vr dan sebagainya
3.ada duit lagi boleh tambah 10-20, 12-24,11-16 atau 10-24 dan sebagainya

Selain itu : 
1. untuk permulaan, try tamron 17-50mm f/2.8. -- general shooting
2. bila ada duit, tambah sigma 70-200mm f/2.8. -- candid shooting, blurr bekground.
3. bila ada duit, dan rasa tak cukup wide, invest beli 10-20mm -- creative angle, kalau ruang terlalu kecil untuk 30orang group shot.

atau kalau nak ringan,
1. kena beli 2 body.
2. body no. 1 letak 50mm f/1.8
3. body no. 2 letak 85mm 1/f.8
4. boleh consider lensa 35mm f/1.8.

 Ada juga pendapat yang seperti berikut : 
kalau nk buat gambo kawen, ako sarankan pakai aje 18-200. Kalau orang kata slow sebab start 3.5, ISO tinggi bleh compensate... lagipun, canon punye iso lagi clean dari nikon aper... ntuk gambo kawen, bukan la nk poster saiz pun...Kalau dengki sangat ngan noise, Noise Ninja ader... tak pun convert kepada BnW.
17-55 2.8 lebih kepada job dimana sharpness pada tahap pixel penting...
lagipun, stakat gambo sharp giler tapi print paling besar pun 8R, tak guner..... client tak tau perbezaannye pun....

Tips yang berguna dikongsi bersama dan fyna amat tertarik dengan info di SINI

Secara umum, saya membawa 3 jenis lens untuk setiap assignment, iaitu:1. 17-40mm f42. 70-200mm f2.83. 50mm f1.8
 Yang penting sekarang, kena buat revision balik benda-benda. Sangat penting. Note!!

read more "Lens Apa Yang Sesuai Untuk Wedding (Majlis Perkahwinan)?"

Monday, October 29, 2012


Apa Maksud Fotografi?


SUMBER : Wikipedia
Fotografi ialah proses untuk menghasilkan gambar foto melalui tindakan cahaya. Pola-pola cahaya yang dipanculkan atau dipancarkan oleh objek-objek dirakamkan pada perantaraan peka atau cip storan melalui pendedahan tempoh tertentu. Proses ini dilaksanakan melalui peranti-peranti mekanik, kimia atau digit yang dikenali sebagai kamera.

Perkataan fotografi datang daripada perkataan Greek, iaitu φως phos ("cahaya"), dan γραφις graphis ("stilus", "berus lukis"), atau γραφη graphê yang bersama-sama bermaksud "pelukisan dengan cahaya" atau "lukisan". Secara tradisi, hasil daripada fotografi dipanggil "gambar foto". 

Dalam fotografi digit, istilah "imej" telah bermula menggantikan istilah "gambar foto". (Istilah "imej" ialah istilah tradisi dalam bidang optik geometri. Fotografi juga dikenali sebagai "tangkap gambar" dalam bahasa Melayu.


Prosesnya melibatkan dua peralatan penting iaitu:
  1. Pengumpul cahaya = Kamera
  2. Perakam cahaya = Filem atau sensor

read more "Apa Maksud Fotografi?"

Maksud Bokeh Dan Contoh Bokeh Yang Awesome!!




Sumber : Wikipedia
In photography, bokeh (Originally /ˈboʊkɛ/,/ˈboʊkeɪ/ boh-kay — also sometimes heard as /ˈboʊkə/ boh-kə, Japanese: [boke]) is the blur, or the aesthetic quality of the blur, in out-of-focus areas of an image. Bokeh has been defined as "the way the lens renders out-of-focus points of light".  However, differences in lens aberrations and aperture shape cause some lens designs to blur the image in a way that is pleasing to the eye, while others produce blurring that is unpleasant or distracting—"good" and "bad" bokeh, respectively.  Bokeh occurs for parts of the scene that lie outside the depth of field. Photographers sometimes deliberately use ashallow focus technique to create images with prominent out-of-focus regions. Bokeh is often most visible around small background highlights, such as specular reflections and light sources, which is why it is often associated with such areas. However, bokeh is not limited to highlights; blur occurs in all out-of-focus regions of the image.












 Sumber Gambar : Google


read more "Maksud Bokeh Dan Contoh Bokeh Yang Awesome!!"